Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak 2023

 


MAJLIS ANUGERAH KUALITI PENDIDIKAN, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK 2023.

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN :
IKON PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL.

Alhamdulillah. Thummalhamdulillah.

Segala persoalan terjawab pagi tadi. Pada asalnya, saya dihubungi oleh pihak PPD Gombak untuk hadir dalam majlis hari ini, tetapi tidak dinyatakan apa anugerah yang bakal diterima.

Sesampai sahaja di sana, saya diletakkan sebaris dengan 2 orang Guru Besar dan juga seorang Pengetua. Kerusi saya hanya dilabel "ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN". Masa ni dah rasa lain macam coz hanya 4 kerusi yang diletakkan label sebegitu. Dalam masa yang sama terus tertanya-tanya, apekah anugerah yang bakal diterima...😅😅

Ketika giliran untuk beratur pun masih tertanya-tanya. Sehinggalah emcee mengumumkan :

Penerima Anugerah Khas Pendidikan :
Ikon Pencipta Kandungan Digital

Persoalan terungkai. Kali ini, sekali lagi menerima anugerah daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Jafri bin Abu.

Terima kasih diucapkan kepada PPD Gombak atas penganugerahan ini. Terima kasih juga kepada semua yang menyokong dan yang mendoakan. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin! Amin! Amin! 🥰🤗


#MuallimHazar
#PenciptaKandunganDigital
#Edufluencer
#GombakOnTop

Post a Comment

0 Comments