Cadangan Penulisan Impak/Refleksi Dalam RPH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penulisan impak atau refleksi selepas setiap sesi PdPc adalah perlu untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam setiap sesi pembelajaran. Ianya juga dijadikan asas untuk tindakan susulan dan juga penambahbaikan terutamanya dari segi pedagogi serta method pembelajaran.

Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitif. Penggunaan % (peratus) adalah tidak digalakkan kerana ianya sukar untuk diukur dan menjadi tidak logik bila ditukar kepada kuantiti. Disertakan contoh penulisan impak atau refleksi dalam RPH terutamanya bagi matapelajaran Bahasa Arab :

إن عملية التعليم والتعلم قد تحققت الهدف المنشود

Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini.

يستوعب التلاميذ  جميع  المستويات التعليمية و التعلمية

Murid-murid dapat menguasai kesemua aras PdP.

يستوعب التلاميذ  جميع  المهارات المدروسة

Murid-murid dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari.

يستوعب التلاميذ  مهارات  التعليمية المُركزة

Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif.

يستوعب التلاميذ أهداف التعليمية مع عشرة   منهم يجيدون فيها

Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target.

يستوعب التلاميذ المستوى الأول و الثاني  من نتاج التعلم

Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي نتاج التعلم

5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran.

عشرة  من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي أهداف التعليمية

10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran.

خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي المستوى الثالث من نتاج التعلّم

5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran.

عشرة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي المستوى الثاني من نتاج التعلّم

10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran.

شارك التلاميذ فى الانشطة التعليمية مشاركة ايجابية و ممتعة

Murid-murid telah menyertai aktiviti PdP dengan jayanya.

عدم مشاركة بعض التلاميذ مشاركة فردية  في الأنشطة التعليمية لضيق الوقت

Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti PdP kerana kesuntukan masa. 

يبدو التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة 

Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian.

يبدو بعض التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم  استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة 

Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian.

شارك بعض التلاميذ في الأنشطة التعلمية وامّا الباقي منهم غير مشجعة في المشاركة

Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP.

غياب بعض التلاميذ في الفصل لحضورهم برنامج خارج الفصل

Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas.

تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى مشاورة / اجتماع المعلمين

PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru.

تأجيل عملية التعليمية و التعلمية  لحضور المعلم الى برنامج خارج الفصل

PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas.

تأجيل عملية التعليمية و التعلمية  لحضور المعلم الى برنامج خارج  المدرسة 

PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah.

عملية التعليمية و التعلمية لا تجري في مدّة موعدها الكاملة  لمانع  ما لا بدّا منه

Aktiviti PdP tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

يحتاج الى اعادة بعض الأنشطة التعليمية لعدم استيعاب التلاميذ في أهداف التعليمية

Sebahagian aktiviti PdP perlu diulang semula kerana murid-murid tidak menguasai objektif pembelajaran.

Di atas merupakan contoh-contoh yang boleh diguna pakai oleh para guru untuk penulisan impak dalam RPH. Ianya adalah cadangan sahaja, para guru boleh mengolah lagi idea berdasarkan contoh yang telah disertakan. 

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua para guru Malaysia.

MUALLIM HAZAR
10 Januari 2023




Post a Comment

0 Comments