Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya Daerah Gombak 2021/2022

 

ANUGERAH IKON GURU PENDIDIKAN MAYA
DAERAH GOMBAK 2021/2022



Alhamdulillah. Muallim Hazar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya bagi tahun 2021/2022 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Gombak 2022 yang lepas. Jutaan terima kasih diucapkan terutamanya kepada insan yang selalu memberi sokongan yang jitu iaitu isteri Azwani Shaari, anak-anak, bonda Kamariah Mahmood, mentua Ummi Siah serta adik-beradik dan juga ipar duai. 

Terima kasih juga saya tujukan buat tuan Guru Besar SKBBS yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Juga untuk barisan pentadbir SKBBS dan rakan-rakan sejawat. Teristimewa buat pegawai-pegawai PPD Gombak, UPI PPDG, USTP PPDG. Terima kasih atas sokongan, tunjuk ajar kalian dan penganjuran ini.
Seterusnya, terima kasih juga buat #AdikBeradikAYU serta famili besar Akademi Youtuber Malaysia terutamanya buat big boss Muhammad Suffi Yusof, masterji Zuly Rahimie Zulkfli, sifu Bumi Penyelamat serta para mentor, mentee, KP, KS dan sebagainya.

Terima kasih! Syukran! Thanks You! 🥰🤗
Doakan agar saya terus istiqamah di medan ini ya. 😍🥳



Post a Comment

0 Comments