Johan Kalam Arabiy 2023 Sempena Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Selangor 2023

 

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Perjalanan yang sangat panjang sedari bulan Mei 2023. Proses mencari isi teks mengikut silibus, membuat storyline, membuat teks melayu, menterjemah ke Bahasa Arab, membuat semakan qawaid, mencari huraian dan sokongan hujjah seterusnya merakam video untuk pertandingan peringkat saringan. 

Kemudian terpilih untuk saringan akhir peringkat daerah Gombak dan seterusnya dinobatkan sebagai Johan Daerah Gombak. Proses penambahbaikan teks diteruskan. Kerja-kerja ini susah kalau berseorangan. Alhamdulillah, saya dikurniakan team yang sangat rajin dan komited. 2 hari lepas dibantu oleh JU daerah untuk penambahbaikan teks dan persembahan..

Semalam harinya! Alhamdulillah, adik Asyraf Iman iaitu wakil sekolah kami dan daerah Gombak telah membuat yang terbaik di peringkat negeri Selangor. Masih terngiang-ngiang tepukan gemuruh yang diterima seusai persembahannya pagi semalam. 

Natijahnya, beliau telah dinobatkan sebagai JOHAN KALAM ARABIY Peringkat Negeri Selangor dan sekaligus mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan pada bulan Oktober nanti di Penang. Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada team jurulatih yang sentiasa memberi yang terbaik terutamanya Muallimah Anis dan juga Muallimah Dayana. Alhamdulillah kita dah lakukan "magic" kali ini. 🏆🎉💥

Terima kasih juga buat barisan para muallimah dan asatizah Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Islam yang sentiasa memberi sokongan. Juga kepada para pentadbir SKBBS dan rakan sejawat. Tidak lupa juga kepada UPI PPD Gombak serta barisan JU daerah. Tahniah semua!

Doakan yang terbaik untuk kami di peringkat kebangsaan nanti. 3 teks perlu dihafal kali ini. 😅😅. Insya-Allah Asyraf boleh! Doakan ya.. 🥰🤗

#KalamArabiy 
#RoadToKebangsaan

Post a Comment

0 Comments