🏆 Anugerah Permata Budi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2023

 


MAJLIS ANUGERAH KUALITI PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 2023.

🏆 ANUGERAH PERMATA BUDI JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR.

Alhamdulillah. Tahun ini saya terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Permata Budi (Jurulatih Utama ADNI) JPN Selangor.

Saya mula ditaklifkan sebagai JU Ko-Akademik bagi daerah Gombak sedari tahun 2010 dan JU Ko-Akademik negeri Selangor bermula tahun 2015. Banyak yang telah saya pelajari daripada barisan JU yang lain dan kongsikan kepada para peserta terutamanya peserta nasyid, kalam jamaie, kalam syabie dan nyanyian solo.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan saya selama ini terutamanya kepada bonda Kamariah Mahmood dan adik-beradik, dinda Azwani Shaari dan anak-anak serta mentua dan ipar duai.

Terima kasih juga diucapkan kepada famili besar Akademi Youtuber Malaysia (AYU) yang sentiasa ada ketika susah dan senang saya. 

Terima kasih boss-boss Bahagian Pendidikan Islam KPM, Sektor Pendidikan Islam JPN Selangor, Unit Pendidikan Islam PPD Gombak yang tidak jemu memberi peluang dan tunjuk ajar selama ini.

Juga terima kasih buat tuan Guru Besar dan barisan pentadbir serta rakan-rakan sejawat di SK Bandar Baru Selayang yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan di FB, TikTok dan YouTube atas dorongan dan doa kalian..

Terima kasih! Syukran! Thank you! 🥰🤗






#MuallimHazar
#Edufluencer
#AnugerahPermataBudi

Post a Comment

0 Comments