TALKSHOW 02/23 : Bengkel Guru Super Bersama Guru-guru Bahasa Arab Sekolah Islam Al-Amin Bangi.

 


TALKSHOW 02/23 : BENGKEL GURU SUPER BERSAMA GURU-GURU BAHASA ARAB SEKOLAH ISLAM AL-AMIN BANGI.
TARIKH : 07 JANUARI 2023

Muallim Hazar berkesempatan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama hampir 40 orang guru-guru Bahasa Arab sekolah rendah dan sekolah menengah Al-Amin bertempat di SRI Al-Amin Bangi. Program ini merupakan program pertama saya bersama para guru untuk tahun 2023. 

Bengkel Guru Super ini dijalankan selama hampir 5 jam mengikut modul yang telah disusun khas. Ianya menfokuskan kepada pedagogi dan aktiviti yang menarik semasa proses PdPc. 





Seperti biasa, ianya dimulakan dengan bacaan doa, sesi perkenalan dan juga brain gym. Ianya untuk membuat para peserta lebih segar dan lebih bersedia sepanjang bengkel diadakan. Sesi pertama merupakan sesi perkongsian tentang pedagogi Bahasa Arab dan juga amalan terbaik untuk pembelajaran Bahasa Arab di sekolah. Antara yang dikongsikan ialah tentang PAK21, peranan guru mengikut STANDARD 4 SKPMg2, tools PAK21, cadangan aktiviti yang menyeronokkan dan juga peta i-THINK.

Sepanjang sesi berjalan, para peserta memberi perhatian yang jitu. Ianya dijalankan secara 2 ways dimana akan berlaku soal-jawab diantara penceramah dan juga peserta. Selain itu, ianya juga diselang seli dengan aktiviti energizer yang menyeronokkan. Alhamdulillah, mereka sangat ceria dan bersemangat sepanjang perkongsian ini.





Sesi kedua ialah sesi latihan dalam kumpulan dan juga pembentangan. Di sini, para peserta diuji dengan  cara untuk mengaplikasi semua items yang dikongsikan secara praktikal atau simulasi di bilik darjah. Ianya dapat menguji kefahaman dan juga kreativiti setiap kumpulan. Hasilnya amat memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada semua para asatizah yang super haibat! 




Alhamdulillah. Bengkel selama hampir 5 jam ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah Al-Amin di atas peluang yang diberikan. Sekiranya ada ruang, insyaALLAH saya akan kongsikan lagi pengalaman dan ilmu saya sekiranya diundang. Semoga segala perkongsian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta. 



Antara feedback@ maklum balas para peserta bengkel Guru Super kali ini :

Made with Padlet

Semoga ianya bermanfaat buat semua yang menyertai. Saya ucapkan selamat maju jaya buat semua dan semoga dapat berjumpa lagi. Good luck para asatizah yang super hebat!

MUALLIM HAZAR
8 Januari 2023

Post a Comment

2 Comments