TALKSHOW 01/23 : Program AQBAL (Menempuh Alam Remaja) di SK Seksyen 19, Shah Alam.

 


TALKSHOW 01/23 : PROGRAM AQBAL DI SK SEKSYEN 19, SHAH ALAM.
TARIKH : 06 JANUARI 2023

Alhamdulillah. Selesai talkshow pertama bagi tahun 2023 pagi tadi. Perjalanan meredah jem sejauh 54km dari Selayang. Seusai menguruskan anak-anak, saya terus bergegas ke tempat program dan sampai pada jam 8:45 pagi iaitu 15 minit sebelum program bermula.

Pesan guru saya, seeloknya kita berada di tempat program SATU JAM AWAL. Tapi ianya sukar dibuat asbab jarak yang jauh dan urusan anak-anak ke sekolah. Kalau program berdekatan, insyaALLAH saya akan sampai awal satu jam atau paling lambat 30 minit sebelum program bermula.


Saya agak teruja untuk menghadiri program ini. Berkebetulan, 2 orang adik-beradik AYU @ Akademi Youtuber merupakan tenaga pengajar di sana. Yu. Idayu dan juga Yu. Ermi merupakan graduan Akademi Youtuber. Sebelum ini, kami kerap berprogram bersama hanya secara maya. Kali ini bersua secara langsung.


Nah! masing-masing pakat teruja. Walaupun hanya kenal secara maya, tetapi telah banyak program di peringkat kebangsaan telah kami jalankan samaada ketika PKP dan juga pasca PKP.




Terima kasih diucapkan kepada Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab Sk Seksyen 19, Shah Alam atas undangan ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua yang mendengar khususnya anak-anak yang bakal menempuh alam remaja. Amin Ya Allah!

MUALLIM HAZAR
06 Januari 2023

Post a Comment

4 Comments

  1. Terbaik adik beradik AYU..teruskan sebarkan manfaat buat semua anak didik..🥰

    ReplyDelete
  2. tahniah abeja.Kalau dekat memang dah panggil dah 🥰🥰

    ReplyDelete