TALKSHOW 17/23 : Bengkel Guru Super @ IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi


TALKSHOW 17/23 : BENGKEL GURU SUPER
TARIKH : 15 APRIL 2023
TEMPAT : IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI

Bismillah walhamdulillah. Semalam saya berkesempatan bersama para pensyarah dan juga pelajar-pelajar semesta kedua di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Ibarat sirih pulang ke gagang, disinilah tempat saya belajar ilmu perguruan pada tahun 2006-2007. Walaupun hanya seketika, alhamdulillah banyak yang telah dipelajari daripada para pensyarah yang super hebat! 






Kali ini, sampai masanya untuk saya berkongsi ilmu dan juga pengalaman bersama hampir 150 orang adik-adik  bakal guru. Pada awalnya, ketika diundang oleh Penolong Ketua Jabatan Bahasa Arab iaitu Dr. Hudaa, saya agak berbelah bahagi untuk hadir. Berkebetulan, saya juga diundang untuk mengendalikan program bersama para guru di Kuala Selangor. Qaddarullah, Dia telah menggerakkan hati saya untuk menerima undangan ini dan undangan di Kuala Selangor ditunda oleh pihak sekolah ke tarikh lain. Ajaib kan percaturan Allah. 🥰

Tajuk yang diberikan oleh pihak IPGKPI ialah berkaitan PAK21. Sememangnya tajuk inilah yang selalu saya bawa ketika membuat perkongsian bersama para guru. Bezanya, kali ini ianya dibuat untuk bakal-bakal guru. Katanya, semester depan mereka akan masuk ke sekolah. Jadi, saya gunakan peluang ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang situasi di sekolah. Perkongsian kali ini juga berkaitan amalan terbaik PAK21 yang telah saya jalankan di sekolah beserta ilmu inovasi.

Meriah! sungguh meriah. Benar kata guru saya, wujudkan suasana yang selesa dan bina "trust" terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan ceramah @ perkongsian. Program selama 3 jam berlalu begitu sahaja dan para peserta aktif sepanjang ianya berlangsung.




Seusai program, banyak yang saya bincangkan bersama para pensyarah dan juga Ketua Jabatan Bahasa Arab IPGKPI. Ianya berkisarkan tentang masa depan bakal guru dan juga bidang latihan untuk bakal guru serta alumni IPGKPI. Insya-ALLAH sekiranya dizinkan Ilahi, akan menyusul beberapa siri latihan untuk bakal guru terutamanya pelajar-pelajar yang bakal menjalani praktikum. Doakan ya!



Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Bahasa Arab IPGKPI Bangi atas undangan dan kepercayaan ini. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat buat semua bakal guru dan dipraktikkan ketika sesi praktikum nanti.

Maklum balas daripada para peserta program :

Made with Padlet
MUALLIM HAZAR
16 April 2023

Post a Comment

0 Comments