TALKSHOW 12/23 : Marhaban Ya Ramadhan @ SK Rasa, Hulu Selangor


Alhamdulillah. Dipertemukan lagi dengan bulan yang dirindui, Ramadhan Al-Mubaarak. Sebagai pembukaan sambutan Ramadan pada tahun ini, tanggal 23 Mac 2023, saya telah dijemput oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK Rasa untuk berkongsi ilmu bersama 580 orang murid-murid serta para guru. Ianya merupakan salah satu daripada pengisian untuk program Ihya Ramadhan di sana.


Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Ianya diisi dengan pelbagai aktiviti dan pendekatan untuk mengelakkan para pelajar hilang fokus dan bosan semasa slot berlangsung. Jarak sekolah ini dari rumah saya tidaklah jauh, tetapi ianya memerlukan fokus yang lebih ketika memandu kereta. Ini kerana laluan yang dilalui berbukit-bukau dan hanya ada 2 line jalan sahaja. 

Alhamdulillah, ianya dapat disempurnakan dengan sangat baik. Selesai sahaja program, saya bertanyakan para guru tentang pengisian dan cara pengendalian saya untuk program ini. Kata salah seorang guru di sana : "saya bagi 10/10". Subhanallah! macam tak layak mendapat markah sedemikian. Banyak lagi ruang dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Betul kata orang, pengalaman amat mendewasakan kita terutamanya tentang cara penyampaian dan cara mengendalikan sesuatu talkshow.



Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas ruang dan peluang yang telah diberikan. Kalau ada rezeki, insyaALLAH kita akan bersua lagi di program berikutnya. Doakan saya ya kawan-kawan! 



MUALLIM HAZAR
26 Mac 2023



Post a Comment

0 Comments