Makluman Keputusan Permohonan Dan Rayuan Penempatan Murid Ke Tingkatan Satu ( 1 ) Kelas Aliran Agama ( KAA ) Negeri Selangor Tahun 2023

 


MAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN DAN RAYUAN PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN SATU ( 1 ) KELAS ALIRAN AGAMA ( KAA ) NEGERI SELANGOR TAHUN 2023.

 

1) Tarikh Keputusan Tawaran ke Tingkatan 1 Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor ialah pada 1 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023.

2) Ibubapa boleh menyemak status keputusan permohonan melalui Portal Jabatan Pendidikan Selangor http://jpnselangor.moe.gov.my/ bermula 2.00 petang.

3) Sila buat pengesahan penerimaan tawaran kepada pengetua sekolah berkenaan pada 1 Mac 2023 atau sebelum 17 Mac 2023. Tawaran ini akan terbatal sekiranya murid tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan, maklumat permohonan yang dikemukakan tidak benar dan pemohon bukan warganegara Malaysia. Murid tidak dibenarkan membuat pertukaran ke Kelas Aliran Agama (KAA) lain berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil:3/2010.

4) Ibu bapa/penjaga dikehendaki mencetak surat tawaran secara online ke Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor bermula 1 Mac 2023 hingga 10 Mac 2023.

5) Maklumat berkaitan pendaftaran murid tingkatan 1 Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor sesi persekolahan 2023 akan diadakan pada:

5.1) Tarikh : Hubungi Pihak Sekolah
5.2) Masa pendaftaran : Hubungi Pihak Sekolah

6) Makluman kepada murid yang tidak berjaya ke Kelas Aliran Agama ( KAA ) Negeri Selangor boleh membuat rayuan secara manual. BORANG RAYUAN MANUAL boleh dicetak melalui portal Jabatan Pendidikan Selangor http://jpnselangor.moe.gov.my/. Borang rayuan KAA hendaklah di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah (KAA) yang dipohon.

Tarikh Rayuan Manual : 1 Mac 2023 hingga 17 Mac 2023.

Post a Comment

0 Comments