Pencapaian Inovasi 2022

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahun 2022 bakal berakhir beberapa hari lagi. 2022 merupakan tahun yang telah memberi kenangan yang terindah buat saya. Pada tahun ini, saya telah mengorak langkah kehadapan dengan menyertai pertandingan inovasi. Tahun ini juga saya telah mencipta inovasi sendiri iaitu inovasi Sing-ArT (Singing & Teaching Arabic).

Disamping itu, saya juga menyertai kumpulan inovasi Akademi Youtuber Malaysia dengan membawa inovasi AYU Apps atau Aplikasi Akademi Youtuber. Selain daripada dua inovasi ini, saya dan kawan-kawan juga telah mencipta satu lagi inivasi yang diberi nama KiPBA iaitu Kits Permainan Bahasa Arab.

Alhamdulillah, ketiga-kita inovasi ini telah mendapat tempat dibanyak pertandingan inovasi samaada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. 


PENCAPAIAN INOVASI MUALLIM HAZAR 2022



Semoga pada 2023 nanti, saya akan lebih kreatif dalam menghasilkan inovasi pembelajaran yang boleh memberi manfaat buat para guru dan juga murid-murid seluruh Malaysia. Mohon doa daripada semua.

MUALLIM HAZAR
23/12/2022

Post a Comment

0 Comments